25 APRIL 2024: PAMERAN @ KAMPUS KESIHATAN Rohimah Mohamud, PhD

Pameran ini berlangsung pada 24 dan 25 April 2024, di mana KECAP berkolaborasi dengan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Hari Sambutan DNA Sedunia 2024 yang dianjurkan oleh Human Genome Centre USM.

Di pameran ini, KECAP Malaysia berkongsi mengenai aktiviti terkini yang dianjurkan oleh kelab, terutamanya fokus dalam mengajar anak-anak tentang STEM melalui modul khas yang dikenali sebagai K.E.C.A.P dan S.P.E.C.I.A.L. Modul-modul ini direka untuk membantu ibu bapa dan pendidik memperkenalkan konsep asas STEM kepada anak-anak melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.

Melalui inisiatif ini, KECAP Malaysia berharap dapat terus memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam memperkukuhkan literasi STEM di kalangan generasi muda.

Terima kasih atas sokongan anda semua dalam memajukan pendidikan STEM dan membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

Home

Credits:

Created with an image by feeling lucky - "A colorful laboratory flask filled with vibrant blue liquid against a soft pink background, symbolizing science and experimentation."