Latar belakang
Kelab Emak Ayah Cakna Anak Pintar Malaysia (KECAP) ialah sebuah organisasi yang berfokus kepada komuniti, dipimpin oleh Dr. Rohimah Mohamud, seorang pensyarah dan penyelidik di Universiti Sains Malaysia. Penasihat KECAP Malaysia ialah Profesor Emeritus Dato' Dr. Noraini Idris yang merupakan Pengasas kepada Persatuan STEM Kebangsaan. Matlamat utama kelab ini adalah untuk membentuk kebolehan kanak-kanak dalam membaca, menulis, dan mengira dari usia awal. KECAP Malaysia menekankan pembelajaran interaktif melalui aktiviti praktikal yang melibatkan ibu bapa dan anak-anak, mewujudkan persekitaran kolaboratif untuk pendidikan awal yang berkesan.
Kelab ini bukan sahaja menyokong perkembangan akademik kanak-kanak tetapi juga memperkasakan ibu bapa untuk memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran anak-anak mereka, membantu membina asas pendidikan yang kukuh.
KECAP Malaysia telah aktif dalam menganjurkan beberapa pameran dan sesi pitching STEM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kelab ini, supaya lebih ramai ibu bapa dapat meraih manfaat daripada penubuhannya. Sejak ditubuhkan pada 5 Februari 2024, KECAP telah menyertai pelbagai pameran dan program yang berasaskan 3M dan STEM. Selain penganjuran program, Dr Rohimah dan team juga telah terlibat dalam perbincangan kelestarian STEM di peringkat nasional bersama agensi yang bertanggungjawab.
25 April 2024: PAMERAN PERTAMA di kampus kesihatan, usm, kelantan
Pameran pertama berlangsung pada 24 dan 25 April 2024, di mana KECAP berkolaborasi dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Hari Sambutan DNA Sedunia 2024 yang dianjurkan oleh Human Genome Centre USM.
Di pameran ini, KECAP Malaysia berkongsi mengenai aktiviti terkini yang dianjurkan oleh kelab, terutamanya fokus dalam mengajar anak-anak tentang STEM melalui modul khas yang dikenali sebagai K.E.C.A.P dan S.P.E.C.I.A.L. Modul-modul ini direka untuk membantu ibu bapa dan pendidik memperkenalkan konsep asas STEM kepada anak-anak melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.
Melalui inisiatif ini, KECAP Malaysia berharap dapat terus memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam memperkukuhkan literasi STEM di kalangan generasi muda.
18 Mei 2024: Pameran kedua di Pantai bachok, kelantan
Seterusnya, pada 18 Mei 2024, KECAP sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Pengajian Sains Perubtan (PPSP) USM dalam program outreach pelajar Perubatan tahun pertama yang diadakan di Pantai Bachok. Program ini dipengerusi oleh pelajar Ijazah Perubatan iaitu Amirul Ikhmal. Dekan PPSP, Prof. Abdul Razak Sulaiman telah merasmikan program ini dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada pasukan Amirul Ikhmal kerana berjaya menganjurkan program yang bermanfaat kepada warga Bacchok. Tahniah!
Terima kasih diucapkan kepada Dekan PPSP, Prof. Dr. Abdul Razak bin Sulaiman, atas sokongan yang diberikan, serta Pengarah Program USM Health Day & Khidmat Komuniti Plogging, Adik Amirul Ikhmal. Tahniah dan syabas diucapkan!
29 Julai 2024: program ‘Igniting Mission-Oriented Mindset in Young Scientists’ Workshop, MATRADE Building, Kuala lumpur
Program ini dianjurkan oleh Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) di Function Hall, Academy of Sciences Malaysia (ASM), MATRADE, Kuala Lumpur. Program ini terbuka kepada ahli YSN-ASM, afiliasi, serta saintis muda hingga pertengahan kerjaya di Malaysia berusia sehingga 45 tahun. Ia bertujuan untuk melatih bakat muda dalam memacu perkembangan STEM melalui kolaborasi sinergistik antara ahli YSN-ASM dan pihak berkepentingan lain.
Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden ASM, Datuk Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc dan diikuti forum 'Mission-Driven Leaders' yang membincangkan tentang cabaran semasa yang boleh diatasi melalui projek berorientasikan misi, serta meningkatkan pemahaman dan kepekaan terhadap isu-isu saintifik dan sosial. Pn. Hazami Habib selaku CEO ASM juga memberikan ucapan yang berkisar tentang cabaran dan peluang saintis muda berkenaan projek berorientasikan misi.
Tahniah kepada YSN-ASM selaku penganjur program yang bermanfaat ini!
28-29 Ogos 2024: Pameran Ketiga di tunjong, kelantan
KECAP menyertai Fiesta Pitching STEM Peringkat Kelantan, yang berlangsung pada 28-29 Ogos 2024 di Dewan Yayasan Islam Tunjong. Program ini dipengerusikan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Noraini Idris dan merupakan salah satu acara berprestij dalam memperkenalkan inovasi dan pendidikan STEM di peringkat negeri.
KECAP Malaysia menerima pelawaan istimewa daripada YB Dato' Shaari Mat Hussain, ADUN Paloh untuk mengadakan program di kawasan Chiku. Pelawaan ini membuktikan keyakinan terhadap usaha KECAP dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak, terutamanya dalam bidang STEM, di samping membuka peluang kepada komuniti setempat untuk turut serta dalam program interaktif yang bermanfaat bagi ibu bapa dan anak-anak.
Semoga KECAP Malaysia terus relevan di mata masyarakat dengan sokongan dan kerjasama erat daripada Persatuan STEM Kebangsaan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini.
13-15 September 2024: MyDigital Maker Fair 2024, Kuala lumpur
Program ini dianjurkan setiap tahun oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn. Bhd. pada 13-15 September 2024 di KL Convention Centre. Ini ialah platform terbaik untuk mencari rakan kolaborasi bagi meluaskan capaian pembelajaran anak-anak KECAP. Pameran ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan, bengkel, pameran, serta ceramah mengenai topik seperti pengkodan, robotik, dan inovasi digital. Salah satu KPI KECAP ialah untuk menyertai salah satu aktiviti ini supaya anak-anak KECAP berpeluang untuk bersaing dan menunjukkan kemahiran mereka dalam bidang STEM, sekali gus memupuk minat mereka terhadap inovasi teknologi sejak dari usia muda. Kami telah mengadakan perbincangan dengan beberapa bakal rakan kolaborasi untuk kelestarian 3M dan juga pendidikan serta pembangunan STEM di negara ini.
Dengan kerjasama yang lebih erat bersama pihak industri dan ibu bapa, kami yakin KECAP dapat memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang lebih berdaya saing dan berpengetahuan tinggi dalam dunia sains dan teknologi.
23-24 September 2024: Symposium Synergy GUCI (Government, University, Community, Industry), Johor
Synergy GUCI (Government, University, Community, Industry) yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor pada 23-24 September 2024, dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), serta disokong oleh rakan-rakan kerjasama lain. Ia merupakan satu platform strategik untuk mendengar dan berkongsi pandangan mengenai kolaborasi antara sektor kerajaan, universiti, komuniti, dan industri. Dalam program ini, KECAP Malaysia berpeluang membentangkan kertas kerja yang merangkumi kejayaan kelab dalam mendidik serta melatih anak-anak dari keluarga B40 dengan menggunakan silibus unik KECAP Malaysia.
Melalui pameran ini, KECAP dapat menunjukkan model pendidikan inklusif yang menyokong anak-anak daripada latar belakang berpendapatan rendah untuk menguasai asas-asas STEM, membaca, menulis, dan mengira (3M) dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.
Dengan pendekatan ini, KECAP berharap untuk menarik perhatian lebih ramai pihak, termasuk rakan kerjasama berpotensi dari sektor industri dan kerajaan, bagi memperluaskan lagi impak positif ke seluruh negara.
Terima kasih atas sokongan anda semua dalam memajukan pendidikan STEM dan membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.
Credits:
Created with an image by berCheck - "Molecular structure background. Genetic and science research."